My Diary Vempire//


Ohh!! Beliebers♥♥♥♥
Sabtu, 16 April 2011, ϟ 0 shout(s)


                           Justin Bieber "Never Say Never" Merubah Persepsi


Dibintangi oleh

Justin Bieber, Usher, Boyz II Men, Miley Cyrus, Sean Kingston, Ludacris,

Genre

Dokumentari

Ulasan

Oleh : Adi Luqman www.tekanplay.com

Filem ini bukanlah sebuah filem fiksyen yang biasanya banyak dipertontonkan kepada khalayak. Filem ini adalah sebuah kisah perjalanan sebenar seorang bintang muda paling berpengaruh masa kini, Justin Drew Bieber atau lebih dikenali sebagai Justin Bieber.

Menerusi filem ini, penonton akan dibawa menyelusuri hari-hari Bieber, sebelum beliau beraksi untuk sebuah konsert yang bakal diadakan di Madison Square Garden, New York, arena persembahan paling terkenal di dunia.
Jujurnya, filem ini sungguh membuka mata. Sangkaan bahawa Bieber hanyalah sekadar artis remaja yang biasa saja bakatnya ternyata meleset. Diarahkan oleh Jon Chu, dokumentari ini diolah dengan cukup baik kerana tujuan utamanya untuk memperkenalkan siapakan sebenarnya anak muda ini wajar dianggap berjaya.

Kekuatan dokumentari ini jelas terletak pada plot yang disusun dengan meyakinkan dari babak pertama hingga ke akhir. Walaupun diselang-selikan dengan persembahan 'live' Bieber di atas pentas, namun ia tidak sekalipun mencetuskan rasa bosan, malah membangkitkan lagi 'mood' tontonan kerana kita dapat melihat sendiri, bagaimana penyanyi ini beraksi dengan cukup selesa. Penonton pasti akan terhibur dengan rangkaian lagu hit yang menjadi siualan remaja dunia seperti 'Baby', 'One Time', 'One Less Lonely Girl' dan banyak lagi.

Kisah hidup Bieber dalam menggapai impiannya ini sememangnya mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi. Jadi tidak mustahil ianya dijadikan bahan dagangan oleh syarikat penerbitan filem. Tetapi situasi ini tidak perlu dianggap sebagai sesuatu yang negatif kerana ternyata kisah seperti ini wajar dijadikan panduan dan juga boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang tidak kira apa jua usia dan bangsa.

Bieber bukan sahaja boleh menyanyi malah beliau juga berbakat dalam seni penciptaan lagu. Walaupun mungkin suaranya tidak sehebat Usher, mahupun lagenda besar seperti Luther Vandross dan Michael Jackson, tetapi bakatnya ternyata menjangkau usianya sendiri.
Kebolehannya mencipta lagu dan bermain pelbagai jenis alat muzik, menguatkan lagi resume anak muda ini. Bakat yang ditonjolkan telah diasah sejak kecil lagi dan keberaniannya untuk mempamerkan kebolehannya di khalayak ramai adalah sesuatu yang jarang kita dapat lihat pada anak muda zaman sekarang. Malah mungkin tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bakat yang Bieber ada, lebih tinggi nilainya daripada ramai artis muda mahupun senior Malaysia pada masa ini.

Bieber mempunyai satu aura yang bisa membuat seseorang terpukau dengan apa yang dilakukannya mampu untuk menguasai penontonnya. Kemampuannya untuk menarik perhatian orang ramai, adalah suatu kuasa yang amat diimpikan oleh setiap penyanyi dan penghibur.

Beliau jelas dilahirkan untuk menjadi seorang penghibur. Filem ini membuktikan perihal yang sebenar. Mungkin agak keterlaluan apabila nakshah ini kerap menyogok penonton dengan sorakan dan jeritan gadis-gadis muda yang menjadi pengikut setia Bieber semenjak awal kariernya tetapi melalui itu jugalah, kita dapat mengetahui mengapa Bieber menjadi kegilaan mereka. Sesetengah penonton mungkin akan meluat dengan sikap fanatik mereka tetapi kalau difikirkan kembali, suatu masa dahulu, mungkin kita pernah menjadi seperti mereka, bukan? (rujuk fenomena juara Akademi Fantasia 3, Mawi)
Dari sebuah pekan kecil di Kanada, Bieber merentas ribuan batu untuk menggapai impian menjadi seorang penghibur dalam usia yang muda. Filem ini menjawab segala persoalan dan membuat penonton memahami bahawa Bieber adalah epitome pepatah “American dream” iaitu tiada satu pun perkara mustahil di dunia ini sekiranya disertakan dengan kerja keras dan usaha. Dokumentari ini jelas mempunyai jiwa yang kuat, membolehkan penonton merasakan seakan berada dalam kumpulan hidup Justin Bieber sekaligus menempuhi cabaran yang dihadapinya menjelang konsert besar itu.

Cerita yang dikongsikan dalam filem ini seharusnya dapat dijadikan inspirasi untuk setiap daripada kita yang mempunyai mimpi. Dengan keikhlasan, setiap kerja keras yang dilakukan untuk mencapai impian, pasti akan terbalas sekiranya dilaksanakan pada jalan yang betul. Mungkin dalam masa beberapa tahun lagi, nama Bieber tidak akan sehangat seperti sekarang tetapi yang pastinya, beliau kini berdiri megah, setanding dengan bintang hebat antarabangsa yang lain kerana beliau berjaya membuat dunia tunduk kepadanya sehingga menggelarkan diri mereka sebagai, ‘the Beliebers’!

Never say never to your dream and never say never to Bieber!

Info

Justin Bieber : Never Say Never mula ditayangkan pada 14 April 2011



Credits:Gua.com

new past
Dashboard | +Follow